sha decade
Monday, 20 June 2011
Resepi Ketam Masak Pedas
Cara Memasak
1. Pertama, ketam digaul dengan tepung jagung sebelum digoreng.
2. Kedua, bawang putih, bawang Holland dan cili padi digoreng sebati sebelum masukkan serai, lengkuas dan nanas. Selepas mengeluarkan bau harum, masukkan lada kisar, serbuk kunyit, sos Thai, sos cili, sos tomato dan air serta kacau sebati sebelum menambah perisa wajib seperti garam dan gula secukup rasa.
3. Ketiga, apabila bahan B masak, masukkan ketam yang sudah digoreng dan tunggu sehingga tiga minit dan sedia dihidangkan.
Resepi Spaghetti Nutrisi Temptation
Bahan:
300 gram (g) spaghetti yang dimasak sempurna
* 20 g lada benggala hijau
* 20 g lada benggala merah
* 20 g bawang besar (dimayam)
* 1 g lada sulah
* 2 g bawang putih
* 20 mililiter (ml) minyak zaitun extra virgin
* 10 g keju tanpa garam
* 5 g daun selasih (dicincang)
* 2 g perisa aromat
* 150 g tomato (dicincang)
* Penyediaan:
* Penyediaan sos tomato.
Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun, bawang besar, masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan tomato cincang, daun selasih dan aromat. Kacau sehingga sebati dan masak, padamkan api. Ketepikan seketika untuk penyediaan spagetti.
* Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun, tumis bawang besar, lada benggala merah dan hijau serta tuangkan keju tanpa garam. Akhir sekali masukkan perisa aromat dan tuang sos tomato tadi.
Subscribe to:
Comments (Atom)